Tips Membaca Dan Terus Minat Membaca

Tips Membaca Dan Terus Minat Membaca

Ramai orang tahu akan kebaikan membaca. Ramai juga orang tahu membaca itu jambatan ilmu. Namun, masih ramai lagi orang yang malas dan tidak mahu membaca. Orang yang tidak membaca berdepan banyak kerugian dalam kehidupannya. Oleh sebab itulah sejak daripada kecil lagi anda disaran untuk membaca demi menimba kebaikan.

Memandangkan ada dalam kalangan masyarakat kita yang tidak suka atau malas membaca, maka pada hari ini kami ingin kongsikan kepada anda semua tips-tips untuk anda membaca. Perlu diingatkan, tips-tips ini hanya sesuai untuk orang yang malas membaca sahaja.

Tips-tips tersebut ialah :

Cuba baca 5-10 helai muka surat dahulu Bagi orang yang malas membaca, anda dinasihatkan untuk tidak membaca sekali gus sebuah buku dalam satu hari. Hal ini kerana, anda pasti akan mudah berasa bosan dan akhirnya anda tidak akan dapat meneruskan pembacaan. Bacalah 5-10 helai muka surat dahulu setiap hari. Lama kelamaan anda pasti dapat menghabiskan sebuah buku.

Beli buku yang terlaris di kedai buku Buku yang terlaris biasanya disukai orang. Pasti ada sesuatu yang menarik pada buku tersebut yang membuatkan begitu ramai orang membelinya. Beli dan bacalah sedikit demi sedikit buku tersebut. Jika ada menjumpai apa yang menarik dalam buku itu, pasti anda akan meneruskan pembacaan. Beli buku yang kulitnya menarik perhatian Ramai orang suka perkara yang cantik atau menarik. Maka, apabila anda ke kedai buku, belilah buku yang kulitnya menarik perhatian anda. Kulit buku yang menarik itu pastilah anda akan lihat setiap hari. Siapa tahu jika anda acapkali melihat kulit buku itu anda akan tertarik untuk membacanya. Pedulikan apa yang orang kata Terdapat segelintir orang yang tidak suka melihat orang lain membaca. Maka dituduhnya si pembaca itu sebagai nerd, ulat buku, atau anti sosial. Pedulikanlah cakap-cakap orang sebegini. Orang-orang sebegini sebenarnya menjauhkan diri anda daripada buku dan ilmu.

Pergi ke perpustakaan Jika anda merasakan membeli buku di kedai buku itu membazir, maka pergilah ke perpustakaan untuk mencari buku. Carilah sebuah buku yang menarik perhatian anda dan bacalah buku itu 5-10 muka surat dahulu. Jika anda sudah mula berasa bosan, mulalah beralih kepada buku yang lain. Sebenarnya ada ramai pembaca di dunia ini yang suka beralih dari satu buku ke buku yang lain. Mereka tidak menghabiskan pembacaan sebuah buku sekali gus.

Pilih tajuk atau topik buku yang disukai Bagi memastikan anda boleh meneruskan pembacaan dalam tempoh masa yang lama, maka bacalah buku yang topik atau tajuknya anda sukai. Jika anda suka memasak, maka bacalah buku masakan. Jika anda suka memotivasikan diri anda, maka bacalah buku motivasi. Jika anda suka dunia politik, maka bacalah buku politik.

Berkawan dengan orang yang suka membaca Kawan ialah orang yang menjadi cerminan bagi diri anda. Jika kawan anda seorang yang suka membaca, pasti anda akan turut suka membaca. Orang yang suka membaca ini biasanya suka berbincang mengenai buku. Diskusilah buku yang anda baca itu bersamanya. Lama kelamaan minat membaca itu pasti akan tumbuh dalam diri anda. Itulah tips-tips yang dapat kami berikan supaya anda yang mempunyai sikap malas membaca ini boleh rajin membaca. Amalkanlah tips-tips yang kami beri ini supaya anda memupuk minat membaca dalam diri anda.

Kredit kepada : Muhammad Nurhaziq

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


POS PERCUMA Ke Semenanjung Malaysia Untuk Pembelian RM90 Ke Atas
This is default text for notification bar