Bagaimana Untuk Fokus Membaca Buku? 5 Cara Untuk Fokus Membaca

Bagaimana Untuk Fokus Membaca Buku? 5 Cara Untuk Fokus Membaca

1. Kenalpasti mood anda sebelum membaca.

Sebelum membaca, kenalpasti anda berada dalam mood yang mana. Jika anda terlalu penat dan letih, disarankan supaya tidak membaca. Begitu juga jika anda dalam keadaan yang mengantuk. Letak buku ditepi bucu katil dan tidur.😅
Jika anda terlalu stress dan banyak berfikir tentang hal lain pun akan mengganggu fokus anda untuk membaca. Kandungan buku yang anda baca juga mempengaruhi mood anda. Mood yang tenang adalah diwaktu pagi, terutama sebelum Subuh atau selepas Subuh. Anda boleh gunakan kaedah membaca Gaya SAVI (lihat Post terdahulu berkenaan membaca Gaya SAVI) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2680326755357916&id=100001418528057
 
 
2. Pilih tempat yang sesuai dan selesa.
Bahagian ini juga penting, anda kena cari tempat yang sesuai untuk anda membaca. Tempat yang sesuai tidak sama bagi setiap orang. Ada yang suka baca diatas katil sambil berbaring. Ada yang boleh membaca didalam tren. Ada yang suka membaca di Perpustakaan. Ada yang suka membaca di rumah. Dan jangan pelik, ada juga yang suka membaca buku di dalam tandas sebab tidak mahu membuang masa.🤣🤣 Anda lebih tahu tempat yang sesuai dan keadaan yang sesuai untuk anda membaca.
 
 
3. Jadilah pembaca yang aktif.
Pembaca yang aktif bukan sekadar membaca dari awal sehingga habis dan menerima semua yang disampaikan bulat-bulat oleh pengarang/penulis tetapi pembaca yang aktif adalah pembaca yang mempunyai komunikasi dua hala antara penulis dan pembaca. Pembaca yang aktif biasa akan menggunakan alat tulis untuk mencatat isi penting, mencatat mutiara kata dari buku, membuat nota menggunakan ‘sticky note’, dan menggariskan maklumat yang dirasakan penting untuk dirujuk semula. Anda boleh dapatkan JURNAL MEMBACA DISINI 👉 Muat turun percuma
 
 
4. Kemukakan pertanyaan bila membaca.
-Apa yang diperkatakan oleh buku ini keseluruhannya?
-Apakah yang ingin disampaikan oleh pengarang/penulis kepada pembaca?.
-Apakah semua kandungan buku itu boleh diterima keseluruhannya?
-Bagaimana buku tersebut boleh memberi kesan kepada saya?.
 
5. Berkongsi buku yang anda baca dengan rakan-rakan.
Perasaan seronok akan timbul jika anda berjaya habiskan sesebuah buku. Jadi untuk berkongsi keseronokan tersebut kongsilah dengan rakan-rakan anda di media sosial seperti Facebook, Telegram, Instagram, Twitter dan sebagainya. Ini akan memberikan anda semangat untuk terus membaca dan fokus membaca. Sebab anda rasa teruja untuk berkongsi kandungan buku yang anda baca dengan rakan-rakan anda. Anda boleh berkongsi di

Rumah Bibliotarian

,

KONGSI CERITA BUKU (KCB)

, Good Reads dan sebagainya. Kalau anda nak berkongsi di

Maans Book Club

pun boleh.

.
.
5 cara diatas hanyalah cadangan yang boleh digunakan. Jika anda ada menemui cara lain yang lebih sesuai, anda teruskan dengan cara tersebut.😊
.
.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


POS PERCUMA Ke Semenanjung Malaysia Untuk Pembelian RM90 Ke Atas
This is default text for notification bar