-
![Deadly Mist: Usaha Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia [Edisi Bahasa Melayu]](https://maansbookstore.com/wp-content/uploads/2022/02/Cover-Deadly-Mist_UseZD-240x370-1-240x300.jpg)
RM25.00
Kejahatan kerajaan Amerika Syarikat bukan lagi rahsia. Umat Islam di Iraq, Afghanistan, dan di Palestin dibantai. Sejak pembentukan negara Amerika, mereka melaksanakan program kawalan populasi penduduk dunia. Akibatnya, warganegaranya sendiri pun menjadi korban bahan ujian biologi dan kimia. Semua untuk satu alasan, keamanan nasional.
Pada Perang Dunia Kedua, secara rahsia, kerajaan Amerika berkolaborasi dengan Hitler, merancang bagi mencipta Pemerintahan Dunia Baru (New World Order), dengan mencipta senjata kimia dan biologi pemusnah massal.
-

RM38.00
Sinopsis
Misteri kehilangan MH 370 masih lagi menghantui rakyat Malaysia. Kehilangan pesawat tersebut diratapi oleh setiap lapisan masyarakat. Ketika rakyat Malaysia masih lagi menunggu dengan sabar khabar berita itu, satu lagi tragedi terus menggegarkan negara. Kali ini berkenaan Pesawat MH 17 yang telah ditembak di suatu sudut langit Eropah. Ratusan nyawa lagi diragut dalam nahas pesawat tersebut.
Lantas, kedua-dua tragedi tersebut meninggalkan tanda tanya. Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada kedua-dua pesawat itu? Ada teori konspirasi, ada teori geopolitik, malah timbul pelbagai hipotesis. Tetapi tidak salah jika kita semua ketahui sendiri daripada mantan Ketua Pengarah Penerbangan Awam Malaysia yang mengetuai siasatan awal; dan juga yang bertanggungjawab mengetuai operasi mencari dan menyelamat berkaitan dengan nahas.
Ada riwayat yang mahu didendangkan beliau berkaitan dua tragedi itu yang anda tidak mungkin dapat di tempat lain.
-

RM21.00
Dunia sekarang semakin hampir menuju akhir zaman. Pelbagai tanda dan petunjuk semakin jelas kelihatan. Kejahatan kuffar dan puak pembela Dajal mula memimpin konspirasi kemusnahan. Adakah kita sudah bersedia menentang kejahatan dengan kebenaran? Ataupun masih terbuai dengan keseronokan dunia dan tipu daya syaitan?
Apabila Dajal datang membawa segala kesenangan dan mengaku sebagai Tuhan, hanya iman yang dapat memandu kita. Hanya iman juga yang dapat membezakan di mana pengakhiran kita, syurga ataupun neraka.
Sudah bersediakah kita?
-

RM25.00
Misteri kehilangan MH370 Malaysia Airlines masih menjadi tanda tanya. Sehingga kini, motif kehilangan pesawat itu masih belum terungkap walaupun banyak pihak sudah menyatakan pelbagai spekulasi dan andaian.
Begitu halnya kepada pelbagai bencana yang berlaku di seluruh dunia seperti gempa bumi di jepun, tsunami di Acheh, banjir di Pakistan, pemanasan global, program kawalan populasi, penipuan vaksin dan pengkhianatan dalam industri perubatan dunia. Aneh.
Buku ini membincangkan konspirasi terancang yang dilakukan pihak tertentu bagi menguasai umat manusia di seluruh dunia.