-

RM65.00
Dalam karya Asuhan Budi Menerusi Islām, Za’ba menegaskan peranan agama sebagai asas penting bagi pemantapan tingkah laku bangsa Melayu. Pada pendapat Za’ba, usaha membaiki akhlak orang Melayu perlu disandarkan pada agama kerana agama Islam menjanjikan pahala dan dosa serta balasan syurga dan neraka dan asas itu dapat menjadi dorongan orang Melayu mematuhi perintah Tuhan dan mengelakkan larangan-Nya. Untung rugi di dunia dan di akhirat dapat menjadi pertimbangan untuk seseorang memilih untuk berbuat baik atau berbuat jahat. Secara tersirat Za’ba telah menyemaikan pentingnya menolak sekularisme, iaitu pemisahan kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat. Namun, berkali-kali Za’ba menegaskan peri pentingnya kekuatan pertimbangan akal dalam melaksanakan ajaran agama, bukan anutan dan amalan secara melulu, dengan pengertian pentingnya ajaran agama dipelajari dengan pemahaman yang betul dan mendalam.
-
Sale!

RM30.00 Original price was: RM30.00.RM29.00Current price is: RM29.00.
Di Dalam Lembah Kehidupan adalah kumpulan air mata, kesedihan dan rintihan yang diderita oleh segolongan manusia di muka bumi ini. Air mata mereka itu sudah sampai masa penghabisan, telah mengalir ke tanah, dan hilang lenyap dalam pasir. Orang lain tidak akan peduli terhadap hal itu. Bagaimana mungkin orang akan peduli sebab orang-orang sedang dirintangi oleh kesenangan dan kemewahan?
-
Sale!

RM24.00 Original price was: RM24.00.RM20.00Current price is: RM20.00.
Buku ini antara magnum opus HAMKA yang tidak dapat disangkal lagi kehebatannya, malah sering menjadi rujukan khususnya di nusantara.
Takjub, hairan, dan terasa bahawa diri kita dipenuhi oleh tanda tanya, seribu macam ataupun satu tanda tanya.
“Apakah ini? Dari manakah datangnya? Apakah kesudahannya?”
Rahsia dan penuh rahsia.
-
Sale!

RM15.00 Original price was: RM15.00.RM13.50Current price is: RM13.50.
Keutamaan budi, itulah tujuan yang akhir. Dan menyingkirkan diri dari kebinatangan, itulah cita-cita yang mulia. Bukit itulah yang didaki orang budiman. Setengah jatuh dan setengah bangun, ada yang tidak tahan, ada yang lemah kakinya, lalu terjatuh dan tidak bangun lagi. Ada pula yang tegak kembali, dan melangkah terus perlahan-lahan dan tidak mengenal putus asa.
-
Sale!

RM21.00 Original price was: RM21.00.RM19.00Current price is: RM19.00.
Tatkala masa dahulu, jatuhlah zat air kejadian kita, bercampur dari sulbi ayah dengan taraib bonda. Bermula dengan segumpal air, sehinggalah menjadi segumpal daging.
Telah cukup sejak dalam rahim bonda, garis tulisan hidup yang akan dilalui. Rezeki telah tersedia. Ajal telah tertentu. Amal usaha telah terbentang. Celaka ataupun bahagia telah mesti bertemu. Naik ataupun turun telah ada di hadapan pintu hidup.
-
Sale!

RM10.00 Original price was: RM10.00.RM9.00Current price is: RM9.00.
Buku ini mengandungi pelbagai kisah dan pengalaman hidup orang-orang tertentu yang menempuh masalah.
Ia sesuai dijadikan perbandingan dan panduan hidup untuk setiap insan, kerana setiap peristiwa itu mencerminkan naik turun kehidupan manusia yang penuh suka duka, tangis dan tawa.
-
Sale!

RM12.00 Original price was: RM12.00.RM11.00Current price is: RM11.00.
Seringkali kita membicarakan orang yang kita cintai atau hormati dan telah berpisah dengan kita. Kita ingat segala kebaikannya dan tidak ketinggalan juga kita membicrakan kelemahannya. Perangainya halus, hatinya suci, sikapnya jujur, perkataannya teratur, dan budi mulia.
-
Sale!

RM25.00 Original price was: RM25.00.RM23.00Current price is: RM23.00.
Ramai manusia yang diperdayakan oleh cahaya samar kerana dia dalam gelap. Perasaannya didahulukan daripada pertimbangannya. Dia datang kepada cahaya yang baru itu. Sampai di sana, yang dicarinya tidak ada sama sekali. Akan kembali pulang ke tempat asal, jalan yang telah lebih gelap daripada dahulu, lantaran ia tidak sabar menunggu cahaya yang sejati.