Diari Seorang Gadis
RM45.00SINOPSIS
Hitler dan Parti Nazi mengganas ketika Perang Dunia Kedua. Mangsa perang tanpa mengira usia dan jantina diseksa serta dibunuh dengan kejam. Mereka yang hidup dibiarkan menderita sementara ramai orang dikerah bekerja sampai mati. Di tengah-tengah getir begini keluarga Anne Frank melarikan diri, kira-kira sebulan selepas hari jadinya yang ke-13. Dalam persembunyian, Anne menulis diari yang kini telah dibaca jutaan orang di seluruh dunia dalam kira-kira 70 bahasa. Buat pertama kali diari terkenal ini diterbitkan dalam edisi Bahasa Melayu.


