Dunia Buku Yang Aneh Dan Pelik

Dunia Buku Yang Aneh Dan Pelik

DUNIA BUKU YANG ANEH DAN PELIK Anda pula bagaimana?

1. Boulard, pakar perundangan Perancis pada abad ke-18, begitu bernafsu membeli buku sehingga rumahnya tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan buku dan beliau terpaksa membeli enam buah rumah lagi untuk tujuan tersebut.

2. Don Vincente, berbangsa Sepanyol yang hidup pada tahun 1830-an sanggup mencuri buku sehingga dipenjarakan.

3. Sun Ching, berbangsa Cina yang hidup pada abad ke-10M, sanggup mengikat rambut panjangnya pada tiang katil untuk menjaga kepalanya agar terus tegak supaya beliau dapat terus membaca.

4. Frederik Hickles, berbangsa Belanda sanggup menyorokkan buku di sebuah kedai buku di Amsterdam supaya orang lain tidak dapat membelinya kerana ada satu naskhah sahaja dan ketika itu beliau tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelinya.

5. Lord Thomas Babington Macaulay pula suka membaca buku sambil berjalan tanpa mempedulikan pejalan kaki yang ramai di kota London. Macaulay mampu berjalan sambil membaca lebih cepat daripada orang lain.

6. Kecanduan bagi Thomas Haerne pula ialah kebiasaannya membaca sambil berjalan pada waktu petang. Beliau beberapa kali terjaga daripada keasyikan membaca tatkala rembang senja mulai kelihatan. Akhirnya barulah beliau menyedari bahawa dirinya telah tersesat jalan.

7. Stephen Carrie Bumberg pula telah berjaya mencuri 23,600 naskhah buku dari 268 buah perpustakaan di 45 buah negeri di Amerika Syarikat dan dua wilayah di Kanada selama hampir-hampir dua dekad.

8. Penjual roti bernama Al-Jahiz amat mencintai ilmu dan gemar membaca. Al-Jahiz lazimnya menyusun buku di rak selepas digunakan. Pada waktu itu, usianya telah lanjut dan sering sakit. Ketika beliau sedang menelaah buku, tiba-tiba buku dari rak yang tinggi jatuh menghempapnya. Hal ini menyebabkan kematian Al-Jahiz, suatu tragedi yang menakjubkan.

Dipetik daripada buku Biblioholisme: Menelusuri Pesona Buku dan Pencintanya karya Shaharom TM Sulaiman.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

POS PERCUMA Ke Semenanjung Malaysia Untuk Pembelian RM90 Ke Atas
This is default text for notification bar