Al-Amin fi al-Arbain: 40 Sifat Terpuji daripada Hadith Penghulu Sekalian Nabi
RM35.00ISBN: 9789672422211
Penulis: Kiyai Ahmad Zuhri Mutammim
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 161
Format: Softcover
Berat (kg): 0.315
Dimensi (cm): 21.6cm x 14 x 1.3cm
Buku-buku terbitan Akademi Jawi Malaysia

Buku-buku terbitan Akademi Jawi Malaysia
Showing all 5 results, including child brands


Dalam karya Asuhan Budi Menerusi Islām, Za’ba menegaskan peranan agama sebagai asas penting bagi pemantapan tingkah laku bangsa Melayu. Pada pendapat Za’ba, usaha membaiki akhlak orang Melayu perlu disandarkan pada agama kerana agama Islam menjanjikan pahala dan dosa serta balasan syurga dan neraka dan asas itu dapat menjadi dorongan orang Melayu mematuhi perintah Tuhan dan mengelakkan larangan-Nya. Untung rugi di dunia dan di akhirat dapat menjadi pertimbangan untuk seseorang memilih untuk berbuat baik atau berbuat jahat. Secara tersirat Za’ba telah menyemaikan pentingnya menolak sekularisme, iaitu pemisahan kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat. Namun, berkali-kali Za’ba menegaskan peri pentingnya kekuatan pertimbangan akal dalam melaksanakan ajaran agama, bukan anutan dan amalan secara melulu, dengan pengertian pentingnya ajaran agama dipelajari dengan pemahaman yang betul dan mendalam.

Buku yang terhasil daripada pembentangan di Persidangan Antarabangsa Manuskrip Perubatan Melayu (International Conference on Malay Medical Manuscripts, ICOMMM) yang telah diadakan pada 8-9 September 2018 di Auditorium Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Persidangan ini dilaksanakan dengan tujuan utama untuk melakukan pengkajian secara saintifik ke atas manuskrip perubatan Melayu dalam mencari rawatan-rawatan yang sesuai digunakan untuk bidang perubatan, mengangkat warithan sains tempatan yang sudah lama terpinggir dan seterusnya berusaha untuk melakukan penyahBaratan dalam ‘ilmu-‘ilmu sains.

Sebuah karangan Tuan Guru Ḥāji Aḥmad Hāshimī (1904-1993) yang diterbitkan pada 1946, sewaqtu orang-orang Melayu melalui tempoh penuh gelora dan ujian manakala semangat kebangsaan dan kemerdekaan sedang berada dikemuncak. Kitāb ini dimulakan dengan tiga buah taqrīz (puji-pujian) yang dikarang oleh Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim, Tunku Abdul Rahman Putra al-Ḥāj dan Tuan Guru Ḥāji Ḥusayn bin Ḥāji Ismā‘īl. Terkandung di dalamnya 45 bāb ya‘nī 45 panduan dalam kehidupan berkenaan akhlaq, adab, pergaulan, budi perangai dan sebagainya yang menjadi ciri penting sebuah bangsa dan tanah air yang merdeka dan berdaulat. Semoga panduan ini menjadi suluhan dalam mengubati penyakit-penyakit bangsa dan jalan-jalan membaikinya.

Tragedi mencerminkan roh peradaban Barat yang mengajarkan dualisme, rasionalisme, relativisme, humanisme, sekularisme, naturalisme, dan sebagainya. Buku ini mencuba memahami pandangan al-Attas mengenai tasawuf sebagai jalan hidup dan jalan fikir manusia, serta kaitannya dengan konsep tragedi Barat yang sering dikritiknya. Secara spesifik, penulis menawarkan pemikiran al-Attas tentang tasawuf dan tragedi sebagai suatu “kritik kebudayaan” sebagaimana yang kita kenal dalam disiplin ilmu falsafah.